in

Kerajaan Negeri sumbang RM50,000 untuk adik Athif

348848726 773790400945150 1650345462237600749 n
Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1

KUANTAN, 30 Mei : Kerajaan Pahang menyalurkan sumbangan sebanyak RM50,000 kepada adik Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, sumbangan yang disalurkan ini bagi menambah dana yang diperlukan Athif bagi membeli ubat genetik.

“Kerajaan Negeri Pahang simpati dengan nasib yang menimpa seorang kanak-kanak dari Permatang Badak, Kuantan, Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan atau Athif yang menghidap penyakit jarang jumpa iaitu Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

“Saya difahamkan Athif yang kini berusia 15 bulan memerlukan dana bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit terbabit.

“Untuk itu, Kerajaan Negeri Pahang telah bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Athif bagi menambah dana yang diperlukannya,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Beliau juga turut melahirkan harapan supaya lebih banyak pihak seperti syarikat korporat, badan bukan kerajaan (NGO), dan orang perseorangan tampil bagi membantu Athif untuk mendapatkan ubat tersebut. – nasionalkini.my

350252112 1196251654395455 8211307610252496148 n

Alas periuk terlekat di leher bayi

WhatsApp Image 2023 05 30 at 4.29.47 PM

Gelek ghairah: Mufti Melaka kecewa, penganjur perlu ada garis panduan