in ,

Pencari madu lebah maut jatuh pokok tualang

polis hiasan

GUA MUSANG, 30 Mei – Seorang pencari madu lebah maut selepas terjatuh dari pokok tualang ketika mencari madu di hutan Kampung Meranto di sini, tengah malam tadi.

Mangsa, Abdullah Che Nah, 35, dipercayai jatuh pada ketinggian 30 meter dan ditemukan tertiarap di atas banir pokok tualang oleh dua rakannya.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo, berkata berdasarkan siasatan awal, pada jam 12.18 tengah malam, mangsa yang berasal dari Kampung Kerinting, di sini, bersama dua lagi rakan pergi ke Kampung Meranto untuk mengambil madu lebah.

Katanya, mangsa yang juga bekerja sebagai buruh kampung memanjat pokok tualang setinggi kira-kira 30 meter untuk mendapatkan madu lebah yang menjadi sumber pendapatannya.

“Ketika proses mengambil madu lebah mangsa tiba-tiba terjatuh di atas akar banir pokok tualang terbabit.

“Rakan-rakannya pergi ke arah mangsa yang tertiarap tidak sedarkan diri sebelum mereka datang ke Balai Polis Bertam untuk membuat laporan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Choon Foo berkata, hasil pemeriksaan tempat kejadian dan bahagian tubuh badan mangsa mendapati tiada unsur jenayah.

Katanya, pihak Klinik Bertam Baru telah sampai ke lokasi dan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 05 30 at 4.29.47 PM

Gelek ghairah: Mufti Melaka kecewa, penganjur perlu ada garis panduan

350772448 581989327367985 8262286205093877253 n

Projek LRT Pulau Pinang mula hujung tahun