in

Belum sampai masa cari pengganti Yoke Moey

Gambar ihsan Sang Riang

TRIANG, 29 Julai – Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang masih memerlukan khidmat bakti Pengerusinya, Yap Yoke Moey.

Perkara itu diluahkan Timbalannya, Fong Hoi Cheng ketika ditemui baru-baru ini.

“Puan Yoke Moey sangat berkaliber dan sentiasa mencari jalan menambahbaik aspek kebajikan penghuni Sang Riang,” katanya.

Fong Hoi Cheng

Hoi Cheng turut berharap Yoke Moey dipanjangkan usia dan memimpin Sang Riang untuk 100 tahun akan datang.

Dia berkata demikian pada majlis makan malam sempena kunjungan Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) di rumah kebajikan itu.

Kunjungan itu turut disertai wakil PUMM Pahang, PUMM Perak dan PUMM Sarawak.

Turut serta wakil daripada Just Ride, Motor Legend Club Ipoh dan Happy Bikers.

Sebanyak 19 motosikal berkuasa besar menyertai kunjungan itu ke Sang Riang.

Gambar ihsan Sang Riang

Sementara itu, wakil PUMM memberitahu, pihaknya sangat terharu dengan keramahan dan sambutan diberikan Yoke Moey dan pengurusan Sang Riang.

Dalam masa sama, Yoke Moey dalam ucapannya berharap segala kerja amal dilakukan di Sang Riang dapat diteruskan.

“Dahulu kita ada 380 penghuni, sekarang dah ada 480 orang… jadi banyak benda kena tambah baik.

“Saya harap kunjungan daripada rombongan PUMM dan semua yang hadir dapat memberi kegembiraan kepada penghuni di sini,” jelasnya.

Dia turut mengingatkan semua hadirin untuk terus menyokong Sang Riang.

“Kita kena ambil kira tiga aspek dalam menguruskan rumah kebajikan ini.

“Perlu tahu cara urus duit, urus orang (penghuni) dan urus hal ehwal berkaitan.

“Perlu kejar kejayaan dengan keikhlasan, kalau kita terlalu kejar duit… kita bimbang akan berubah apabila sudah jadi kaya,” katanya. – nasionalkini.my

IKIM perlu lebih rasional isu Qunut Nazilah

Jaga sensitiviti, tolak sikap terlalu naif