in

Isu rumah rakyat jadi tumpuan

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 1 Ogos – Pelbagai isu disuarakan Tok Empat dan Pengerusi KRT kawasan Indera Mahkota 15 dalam perjumpaan diatur PKR Indera Mahkota.

Perjumpaan itu dihadiri ADUN Semambu, Chan Chun Kuang dan Penyelaras Parlimen Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

Menurut Zuraidi, antara isu ‘hangat’ dibincangkan adalah berkaitan rumah rakyat dan kes kecurian.

“Perkara itu diberi perhatian segera oleh pihak kami dan akan dipanjangkan kepada pengetahuan pihak berkuasa,” katanya.

Selain isu berkenaan, turut dibangkitkan ialah bantuan ibu tunggal, pejabat tetap untuk KRT dan penyelenggaraan taman permainan.

“Semua isu adalah untuk keselamatan dan keselesaan penduduk.

“Kami harap perjumpaan ini membuka ruang untuk lebih banyak kerjasama dapat dijalinkan pada masa akan datang,” katanya. – nasionalkini.my

Mengenal kesan dan bahaya arak kepada manusia

Bubur asyura pengikat mesra warga peneroka