in

Kisah ECRL dan pemindahan teknologi yang ‘gagal’

Gambar ihsan Ekonomi Rakyat

KETIKA projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) diumumkan kira-kira tujuh tahun lalu, ramai yang menyangka ia adalah projek hebat dan menjanjikan pemindahan teknologi yang menakjubkan.

Walaupun tidak dinafikan projek itu berjalan lancar, namun dengan kos RM55 bilion, sudah tentu rakyat mengharapkan ia berfungsi setaraf dengan kos dibelanjakan.

Namun, soal kos dan perjalanan projek bukan menjadi persoalan utama.

Cuma impian untuk melihat pemindahan teknologi berlaku dan seterusnya boleh dipelajari tenaga kerja tempatan secara umumnya tidak kesampaian.

Gambar ihsan MRL

Bagi seorang jurutera yang diberi peluang menyertai pasukan ECRL, dia mengakui agak kecewa dengan propaganda kononnya tenaga kerja dari China lebih bagus berbanding jurutera tempatan.

“Sebelum ini kagum dengan teknologi pembinaan negara China yang bertaraf dunia.

“Rasa beruntung bila berpeluang terlibat dengan ECRL mengharapkan ada pengalaman berharga untuk mendapatkan ‘technology transfer’ yang terkini.

“Tapi realiti sebaliknya… hampir setiap hari memberi tunjuk ajar dan ‘transfer knowledge’ kepada jurutera China.

“Kesimpulannya, kita sebenarnya punyai kualiti bertaraf dunia, cuma tak diberi peluang dan belum berupaya untuk mendapat peluang itu,” kongsinya dalam satu hantaran di Facebook.

Sudah tentu perkara seumpama ini perlu diberi perhatian kerajaan Madani.

Ini kerana segala janji dibuat pelabur dari China untuk membawa teknologi canggih dari negara mereka adalah ‘satu dongeng yang memalukan’.

“Sudahlah teknologi sekadar ada… jurutera mereka pula kelihatan ‘tidak berilmu’ dan bukan memiliki kepakaran yang sewajarnya,” kata seorang lagi jurutera yang sempat bekerja dengan pasukan ECRL. – nasionalkini.my

Kenyataan Tengku Zafrul mengecewakan

Pyanhabib pulang ke Rahmatullah