in

20 selebriti antara peserta Royale Fiesta Kelantan Tour

Ariff Budiman (tengah) bersama wakil Mydin Mall dan pengasas Fiesta Royale, Ani Maiyuni

Oleh Hajidah Miharbi
 
SELEPAS sekian lama tidak ada festival jualan besar-besaran di Kelantan, pada 25 hingga 27 Mei ini, penduduk negeri itu akan digegarkan dengan acara Royale Fiesta Kelantan Tour di Mydin Tunjong Hypermarket, Kota Bahru.
 
Royale Fiesta anjuran RF Sdn Bhd dengan kerjasama Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Bumiputera (BBEA) akan dijayakan oleh 200 vendor yang menjual pelbagai produk.

Selain itu, 20 usahawan selebriti terkenal yang mencipta nama dengan produk mereka juga akan turut serta.
 
Ketua Pegawai Eksekutif BBEA, Ariff Budiman Ishak berkata, pemilihan Kelantan sebagai lokasi pertama Royale Fiesta dibuat kerana kali terakhir acara seumpama itu diadakan di negeri berkenaan adalah pada tahun 2018.

“Sebelum kita turun dalam tempoh lima tahun ini memang di Kelantan tiada ‘event’ yang melibatkan selebriti dan usahawan dari seluruh Malaysia datang ke sini.  
 
“Jadi kami ambil inisiatif ini memberi dorongan kepada rakyat Kelantan untuk bersama para selebriti dan kita akan bawa 20 orang selebriti turun ke Kelantan di Mydin Tunjong Hypermarket, Kota Bahru.

“Kami memilih Mydin Tunjong kerana di sini ada dewan yang sesuai,” katanya.

Ariff berkata, pemilihan Mydin juga dibuat berdasarkan kajian yang menunjukkan jenama pasar raya itu sangat terkenal di Kelantan selain mempunyai 23 cawangan di seluruh negara.

“Nilai jualan bulanan mereka juga hampir RM15 juta,” katanya lagi.

Selepas Kelantan, fiesta sama akan diadakan di Pulau Pinang, Terengganu dan Perak.

Pihak BBEA juga bercadang membawa fiesta itu ke Sabah dan Sarawak tahun depan.
 
“Kami menyediakan pelbagai hadiah menarik termasuk 10,000 goodies bag dan 200 cabutan bertuah,” katanya. – nasionalkini.my

Pasar terapung tarikan baharu Sungai Melaka

IMG 20230516 WA0001

Melaka River Cruise sedia lebih 10,000 tiket percuma