in

Lebih 40 pekebun Musang King ditahan

Gambar ihsan KOSMO

BENTONG, 5 Jun – Seramai 45 pekebun durian ditahan kerana masih menceroboh tanah kerajaan yang ditanam durian musang king sejak Ops Sekat diadakan bermula 30 April lalu.

Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman berkata, seramai 45 orang yang terdiri daripada warga tempatan dan warga asing itu ditahan kerana menceroboh tanah kerajaan dan melanggar arahan mahkamah.

“Kita juga merampas sebanyak 44 buah motosikal, 12 trak pikap, empat buah lori, empat buah kereta, dua jengkaut dan empat jentera pengorek dan kesemua barang telah disita.

“Kita juga membuka 50 kertas siasatan melibatkan pelbagai kesalahan seperti dibawah Kanun Keseksaan, Kanun Tanah Negara , Akta Perhutanan Negara dan Akta Imigresen,” katanya seperti dilapor KOSMO.

Pada 30 April lalu, Mahkamah Tinggi membuat keputusan memberi kuasa penuh kepada pihak berkuasa negeri untuk mengambil alih semula tanah kerajaan dan hutan simpan yang diteroka di Raub.

Menurut Yahaya Ops Sekat yang melibatkan 201 pegawai dan anggota polis giat dilaksanakan melibatkan lapan kawasan tumpuan termasuk di Sungai Ruan, Tranum, Ulu Dong, Tras, dan kawasan sekitar.

Katanya, pihak polis juga melakukan pemantauan kerja pembinaan ‘parit gajah’ di beberapa kawasan bagi mengelakkan daripada hutan berkenaan diceroboh. – nasionalkini.my

Harimau Malaya bukan lawan mudah

PRK Sungai Bakap 6 Julai