in

Jumpa mayat dalam kereta lepas hilang

Gambar hiasan

KOTA TINGGI, 29 Julai – Seorang lelaki yang hilang sejak dua hari lalu, ditemui tidak bernyawa selepas dipercayai terlibat dalam kemalangan di Kilometer 16 Jalan Bandar Penawar – Punggai di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui dalam kawasan semak berdekatan bahu jalan kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Katanya, pihaknya menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta terbabas di lokasi itu.

“Kemalangan membabitkan sebuah Proton Waja itu membawa kepada penemuan mayat mangsa di tempat kejadian.

“Pemandu kereta berusia 42 tahun dipercayai meninggal dunia di situ.

“Siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai.

Mangsa dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan semak di bahu kiri jalan – Gambar oleh Polis Johor

“Mangsa kemudiannya dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan semak dibahu kiri jalan, kira-kira 40 meter ke dalam, apabila sampai di lokasi berselekoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Hussin berkata, hasil soal siasat bersama waris menyatakan mangsa telah dua hari tidak pulang ke rumah dan waris serta beberapa orang awam telah keluar mencari mangsa dalam tempoh tersebut.

“Tiada unsur jenayah dalam siasatan kes, dan mangsa terbabas sendiri semasa memandu kenderaan.

“Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.- nasionalkini.my

24 pensyarah, pelajar Singapura lawat Rumah Nur Iman

Mohd Amar punca Nik Abduh tak jadi calon