in

ADUN lantikan Pahang motif politik

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 23 Mei – Pembangkang di Pahang mendakwa lima Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan yang diluluskan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN ) baru-baru ini berlandaskan politik semata-mata.

ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaluddin berkata, kewujudan mereka sebenarnya tidak berfungsi, selain tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Datuk Jasri Jamaludin

Menurutnya, mereka yang dilantik juga tidak dapat memberikan perkhidmatan kerana tidak mempunyai kawasan rasmi sebagaimana ADUN dipilih rakyat.

“Lantikan tersebut berdasarkan lantikan politik semata-mata, jadi (saya berpandangan) tiada keperluan sebenarnya melantik mereka ini.

“Saya juga tidak nampak mereka ini memberi manfaat kepada rakyat dan tidak berfungsi. Ini kerana mereka tiada kawasan masing-masing,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Lima ADUN lantikan itu adalah Pengasas Maahad Tahfiz Tengku Ampuan Afzan, Datuk Ahmad Irshadi Abdullah; Ketua MCA Temerloh, Datuk Wong Tat Chee; Ketua UMNO Jerantut, Haris Salleh Hamzah; Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Pahang, Mohd Fadzli Mohd Ramly dan Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang, Rizal Jamin.

Sementara itu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus berpendapat kerajaan Pahang gagal mengotakan janji bahawa lantikan tersebut mewakili kelompok tertentu seperti Orang Asli, orang kurang upaya (OKU) selain golongan profesional tanpa membabitkan fahaman politik.

Ujarnya, lebih mengecewakan apabila Kerajaan Pahang mengatakan bahawa ADUN lantikan itu bukan daripada politik, namun ia berlaku sebaliknya.

Mohd Yazid Mohd Yunus

“Empat daripada lima yang dilantik memang ‘clear’ (berlatar belakang politik). Pihak kami rasa lucu sebab kerana apa yang mereka jelaskan tidak seperti dizahirkan.

“Kami bersetuju jika lantikan itu daripada golongan profesional,” katanya. – nasionalkini.my

Bakul makanan Yayasan Madani untuk penduduk Chendor

Colombia sedia hantar duta ke Palestin