in

Buat penilaian risiko sebelum jual saham MAHB

20240406 075637
Gambar hiasan

LIPIS, 22 Jun – Kerajaan disaran membuat penilaian risiko terlebih dahulu sebelum mengambil keputusan menjual saham milik MAHB.

Ini kerana MAHB adalah syarikat bertanggungjawab mengurus dan mengawal selia lapangan terbang di negara ini.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Muslim Inovasi Malaysia, Dr Abdul Rasid Md Ali berkata, penjualan MAHB adalah seperti menjual akses kepada pihak luar untuk menguasai rangkaian lapangan terbang di Malaysia.

“Lapangan terbang ini adalah pintu masuk paling utama di setiap negara, jadi kena jaga baik-baik dan jangan biarkan jatuh ke tangan pihak luar.

“Jika tersilap jual, keselamatan sempadan negara sudah tidak terjamin…. longgar dan mudah ditembusi pihak yang berniat tidak baik.

“Oleh itu, kena fikir masak-masak sebelum bertindak… jangan undang masalah hingga memudaratkan kesejahteraan rakyat,” katanya.

Gambar oleh KOMPAS

Dia juga mengingatkan berkaitan fungsi radar keselamatan yang berada di lapangan terbang di seluruh negara.

Katanya, jika syarikat luar dibenarkan membeli saham MAHB, ia secara tidak langsung memudahkan mereka menyelinap masuk ke dalam sistem radar milik negara kita.

“Risikonya amat tinggi… kawal lapangan terbang dan kemudian mereka boleh ‘guna’ radar kita.

“Jadi saya tak nampak keperluan untuk menjual aset MAHB,” katanya. – nasionalkini.my

Satu lawan satu di Sungai Bakap

Penting sertai badan khairat kematian