in

IKIM perlu lebih rasional isu Qunut Nazilah

KUANTAN, 24 Julai – Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) wajar bersikap neutral dalam isu membabitkan kepentingan awam, kata Pengerusi PN Cameron Highlands, Dr Abdul Rasid Md Ali.

Beliau berpandangan pihak IKIM perlu mencadangkan satu muzakarah khas bagi mencari titik pertemuan dalam pelaksanaan bacaan Qunut Nazilah.

Dr Abdul Rasid bersama Pengerusi GERAKAN, Dominic Lau

“Sepatutnya IKIM seru semua mufti dan ahli politik beragama Islam menggalakkan bacaan doa Qunut Nazilah untuk hancurkan musuh Islam, terutamanya Zionis yang bertindak kejam terhadap penduduk Palestin.

“Panggillah satu muzakarah atau mesyuarat khas dalam menentukan keperluan sebenar doa Qunut Nazilah ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Dr Abdul Rasid berharap IKIM tidak dijadikan alat pihak tertentu dalam isu sensitif seperti yang berlaku di Dewan Rakyat.

Katanya, IKIM perlu menjadi orang tengah dalam menyelesaikan perkara ini dengan lebih berkesan.

“Jadi, pengarah IKIM, ahli parlimen Islam dan pihak berkaitan hendaklah duduk semeja dan mencari jalan penyelesaian terbaik untuk kepentingan umat Islam di negara ini,” katanya.

Isu doa Qunut Nazilah timbul apabila sebahagian ahli parlimen pembangkang membacakan doa itu selepas Dewan Rakyat menggantung ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal selama enam bulan.

Tindakan itu diputuskan Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul selepas usul dikemukakan kerajaan. – nasionalkini.my

Bantuan kerusi roda di Seri Mahkota

Belum sampai masa cari pengganti Yoke Moey