in

Undi pecah mungkin berlaku sekiranya MUDA bertanding di Kedah

mahadzir
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertembungan dua penjuru atau lebih berlaku sekali gus akan menimbulkan pelbagai persepsi kepada pengundi

Oleh Aimi Isma

KUALA NERANG, 14 Julai – Penyertaan Parti Ikatan Demokrarik Malaysia (MUDA ) pada Pilihan Raya Negeri (PRN), tidak lama lagi dipercayai mampu menjadi pemecah undi di negeri ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pertembungan dua penjuru atau lebih berlaku, akan menimbulkan pelbagai persepsi kepada pengundi berikutan pengundi mempunyai banyak pilihan untuk dipilih.

“Saya tidak menolak kemungkinan akan berlaku pecahan undi apabila lebih dari dua penjuru yang akan bertanding pada PRN nanti. Tetapi, buat masa ini kita tidak pasti sama ada MUDA akan bertanding di Kedah atau tidak kerana setakat ini ia baru diumumkan di Selangor.

“Bagaimanapun, kita bersikap terbuka sekiranya MUDA mahu bertanding di Kedah, selaras dengan amalan demokrasi negara ini,” katanya selepas Majlis Penyerahan Bakul Makanan Sumbangan Yayasan Bank Rakyat di Pusat Komuniti Padang Kerasak, Naka, hari ini.

Semalam, Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, empat calon yang akan bertanding dalam PRN Selangor itu adalah antara kategori kumpulan pertama yang dipilih untuk mewakili parti berkenaan.

Calon tersebut ialah Setiausaha Agung MUDA, Amir Hadi yang dipilih sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N29 Seri Serdang; Cheda Razak di N41 Batu Tiga, Thanusha Ramanieswaran di N48 Sentosa dan Melanie Ting di N19 Bukit Antarabangsa. – nasionalkini.my

Pelancong Singapura kagum dengan Sang Riang

WhatsApp Image 2023 07 14 at 8.15.59 PM

Mufti Melaka cadang pelancongan dakwah dalam TMM2024