in

Mengenal kesan dan bahaya arak kepada manusia

PERBUATAN meminum atau mengambil minuman keras adalah perkara yang boleh merosakkan kesihatan.

Selain kesihatan, pengambilan minuman keras secara berterusan juga akan mengakibatkan kesan sampingan terhadap kewarasan mental.

Dr Abdul Rasid Md Ali

Timbalan Presiden Persatuan Rangkaian Muslim Inovasi Malaysia (MINM), Dr Abdul Rasid Md Ali berkata terdapat sekurang-kurangnya 10 kesan sampingan berkaitan amalan mengambil minuman keras dapat disenaraikan.

“Paling jelas adalah kerosakan hati yang membawa kepada penyakit sirosis dan hepatitis alkoholik.

“Kesan kedua adalah gangguan mental seperti kemurungan dan psikosis alkoholik.

“Seterusnya masalah jantung yang memberi kesan kepada tekanan darah, kardiomiopati dan risiko serangan jantung dan strok,” katanya.

Dia turut memberi amaran ketagihan alkohol juga boleh berlaku hingga memerlukan peminum alkohol perlu menjalani rawatan profesional untuk pemulihan.

Gambar oleh Reuters

Katanya, isu keracunan alkohol juga boleh berlaku jika pengambilan secara tidak terkawal dilakukan individu yang sudah mengalami ketagihan.

“Masalah lain adalah gangguan sistem pencernaan, kemerosotan sistem imun, masalah kesuburan dan kecacatan sistem kognitif serta daya ingatan.

“Kita paling takut apabila pengambilan minuman keras secara konsisten akan memberi kesan sosial dan ekonomi yang boleh mengganggu hubungan kekeluargaan dan masalah kewangan,” jelasnya. – nasionalkini.my

Jaga sensitiviti, tolak sikap terlalu naif

Isu rumah rakyat jadi tumpuan