in

Mural karya seni komuniti tempatan ceriakan  bandar Jertih

jertih mural
Kerja gotong royong melukis mural akan disertai oleh 150 ahli komuniti setempat yang akan melukis dan mengecat pada bahagian sisi jambatan Jertih yang menjadi laluan utama Jertih ke Kota Bharu,Kelantan.

Oleh Mohammad Ishak

JERTIH, 22 Jun – Bandar Jertih bakal berubah wajah dengan hiasan lukisan mural gergasi berkonsep  sosio budaya penduduk menerusi pengindahan dan keceriaan di sekitar bandar itu, secara  berperingkat.

Setiausaha Majlis Daerah Besut (MDB) Abd Hadi Mamat berkata, pihaknya akan menyiapkan lukisan mural di kawasan tunpuan utama iaitu sisi Jambatan Jertih, yang menjadi laluan utama Jertih menuju ke Kota Bharu  sempena program pengindahan dan kecerian bandar, Sabtu ini.

“Keseluruhan lukisan mural berkenaan berkonsepkan sosio budaya penduduk daerah Besut termasuk pelancongan, kebudayaan, seni dan agama.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.48.24 PM
Sekumpulan pengunjung mengambil peluang bergambar dengan mural yang dihasil bagi program pengindahan dan keceriaan di sekitar bandar Jertih.

“Saya menjangkakan kerja-kerja menyiapkan mural berkenaan mampu disiapkan  segera berikutan penyertaan daripada pelbagai pihak selain telah dimulakan sejak seminggu lalu,”katanya kepada nasionalkini.my.

Katanya, antara pihak yang terlibat termasuklah Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bandar Jertih, JPKK Kampung Belakang Gudang,Persatuan Penjaja, Persatuan Pemandu Kereta Sewa, Jemaah Masjid Pakistan,Persatuan Penganut Agama Buddha, Kolej Komuniti Besut, Angkatan Pertahanan Awam dan kakitangan Majlis Daerah Besut.

WhatsApp Image 2023 06 22 at 10.49.42 PM
Empat tunggak utama yang bertanggungjawab menceriakan bandar Jertih melalui lukisan mural yang bakal menjadi tarikan baru di bandar Jertih.

“Kerja gotong royong itu akan disertai oleh 150 ahli komuniti setempat yang akan menyiapkan lukisan dan mengecat pada bahagian sisi jambatan Jertih,” katanya.

Abd Hadi menambah, bagi menjayakan program itu pihaknya mendapat khidmat empat pelukis mural terkenal di daerah itu untuk membuat lakaran lukisan dan ia akan disiapkan oleh peserta lain sempena pelancaran program Sabtu ini.

Majlis Daerah Besut merupakan antara 28 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang terpilih oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan untuk melaksanakan program daripada 155 PBT seluruh negara. – nasionalkini.my

umno fitnah

UMNO Selangor nafi desak Rafizi letak jawatan

WhatsApp Image 2023 06 22 at 11.16.24 PM 1

ADUN PAS akui ‘admin’ FB buat hantaran palsu lantikan Teresa jadi pengerusi FELDA