in

Jika sayang negara, jangan jual negara kepada rasuah – Tun M

Tun M proklamasi
Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan pengundi seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap negara ini dan tidak tunduk kepada politik wang.

KUALA LUMPUR, 13 Julai – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pengundi di seluruh negara supaya tidak mengamalkan rasuah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) termasuk menerima ganjaran berbentuk wang ringgit.

Bekas Ahli Parlimen Langkawi itu menegaskan pengundi seharusnya lebih bertanggungjawab terhadap negara ini dan tidak tunduk kepada politik wang.

“Jika anda sayang negara ini, jangan jual negara kepada rasuah dan jangan libatkan diri dengan amalan rasuah,” katanya.

Dr. Mahathir  turut mendedahkan, kekalahannya di kerusi Langkawi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) juga disebabkan amalan rasuah.

Malah beliau berkata seorang pengundi di Langkawi turut mengaku tidak mengundinya kerana tidak diberikan wang sebagai ganjaran atau upah.

“Saya tanya lagi, berapa duit dia dapat, dia jawab RM100. Saya tanya dia, apa boleh buat dengan RM100 dan dia jawab duit itu boleh dibelanja untuk dua hari.

“Pada pilihan raya lalu, saya hilang lebih 14,000 undi hanya kerana rasuah. Sesiapa yang sayang dan ikhlas terhadap negara ini, mereka perlu memilih calon yang tepat untuk mewakili mereka,” katanya.

Beliau pada masa sama turut menasihatkan semua pengundi supaya memilih calon dan parti yang baik selain mampu membawa kebaikan kepada negara dan rakyat. – nasionalkini.my

quran

Kuwait rancang terbit 100,000 naskhah al-Quran dalam bahasa Sweden

Maahad Tahfiz Al-Mutaqqin perlu dana bina bangunan asrama