in

Kerajaan Pahang tanggung baki kos rawatan adik Athif

352231781 817778169706023 2924187334848091729 n
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail ketika melawat adik Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan di Taman Permatang Badak Maju, Kuantan hari ini.

KUANTAN, 14 Jun – Nasib adik Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan yang memerlukan kos perubatan RM9.7 juta untuk pembelian ubat Genetik Zolgensma mendapat perhatian Kerajaan Pahang yang tampil menghulurkan sumbangan hari ini.

Malah Kerajaan Pahang juga memberi jaminan untuk menanggung baki kos perubatan adik Athif berjumlah RM300,000 daripada keseluruhan untuk pembelian ubat berkenaan yang bertujuan bagi menghentikan proses kemerosotan fungsi otot yang terjejas akibat Spinal Muscular Atrhopy Type 1 (SMA1).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, beliau telah meminta ibu dan bapa adik Muhammad Athif iaitu Mohd Farhan Mohd Sait, 35 dan Nur Azizah Zamri, 33, untuk membawa segera anak mereka mendapat rawatan.

“Saya minta untuk terus ambil tindakan pergi berubat, kalau katalah tidak dapat RM300,000 lagi, Kerajaan Negeri akan tanggung, ini jaminan saya, komitmen Kerajaan Negeri,” katanya dalam sidang media selepas menziarahi adik Muhammad Athif Fahri di kediamannya di Taman Permatang Badak Maju di sini hari ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

Ketika kunjungan itu, beliau turut menyatakan harapan agar adik Athif yang kini berusia 16 bulan dapat sembuh sepenuhnya daripada penyakit berkenaan.

“Saya sangat bersimpati terhadap nasib dan kesakitan beliau, dan sejujurnya saya sedaya upaya untuk membantu setiap lapisan rakyat terutamanya dalam mengambil berat tentang kebajikan masyarakat di negeri Pahang ini,” katanya.

Kutipan dana telah dilancarkan oleh Yayasan Misi Rakyat dan berjaya mengumpul sebanyak RM9.4 juta dalam tempoh sebulan.

Sebaik sahaja dana kutipan mencukupi, anak bongsu daripada tiga beradik ini akan menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan perlu menerima suntikan ubat Genetik Zolgensma sebelum usianya mencapai dua tahun. – nasionalkini.my

WhatsApp Image 2023 06 14 at 4.24.14 PM

“Luluh hati bila tahu mereka berdua sudah tiada” – keluarga mangsa kemalangan

pas 1

Wanita disahkan meninggal kembali bangkit