in ,

Meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak

Fahd sendphoto 1685955122 85450602 copy 1685958094
Anggota bomba memberikan rawatan kecemasan kepada mangsa. - Foto Bomba

KLUANG: Seorang penyelia kilang percetakan meninggal dunia selepas rebah ketika mendaki Gunung Lambak di sini, hari ini.

Berita Harian melaporkan, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa, Tew Wei Peng, 50-an yang mendaki bersama isterinya, Ko Meh Cheng, 50-an dikatakan mengadu sakit dada sebelum rebah ketika berada di ketinggian kira-kira 800 meter.

Katanya, polis menerima panggilan telefon daripada isteri mangsa pada 9.07 pagi memaklumkan suaminya pengsan di lokasi kejadian.

“Bantuan awal Resusitasi kardiopulmonari (CPR) diberikan oleh petugas kesihatan yang tiba di lokasi kejadian.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika berada di dalam ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK),” katanya hari ini.

Beliau berkata, bedah siasat dijangka dilakukan esok dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). – nasionalkini.my

351367074 1221861931860400 8086672505425361604 n

Polis tahan 3 remaja belasah gelandangan dengan pemukul besbol besi

Untitled design 4 1

PAU: Hishammuddin kritik seloroh Presiden UMNO