in

Projek LRT Pulau Pinang mula hujung tahun

350772448 581989327367985 8262286205093877253 n
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook ketika membuat lawatan ke Sia Boey Urban Archaeological Park, di Pulau Pinang hari ini

PULAU PINANG, 30 Mei – Projek Transit Aliran Ringan (LRT) di Pulau Pinang bagi fasa pertama termasuk panggilan tender dijangka akan bermula hujung tahun ini.

Menurut laporan Sinar Harian, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kerajaan Persekutuan ingin melaksanakan projek tersebut dengan kadar segera agar fasa pertama projek itu boleh disiapkan dalam tempoh lima tahun.

Menurutnya, pihak MRT Corp telah menyemak semula rancangan pelaksanaan fasa bagi projek itu agar ia lebih sesuai untuk dilaksanakan.

“Seperti yang dirancang sebelum ini, projek LRT akan dilaksanakan dalam beberapa fasa iaitu fasa pertama adalah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hingga ke Komtar. Namun, setelah dilihat semula, ia bukan berakhir di Komtar sebaliknya disambung hingga ke Tanjung Bungah.

“Laluan itu sepanjang 29 kilometer dengan 27 stesen. Sudah tentu Komtar akan menjadi stesen utama di tengah-tengah bandaraya iaitu stesen itu telah dikenalpasti sebelum ini iaitu tapak di sebelah Sia Boey ini.

“Inilah fasa pertama yang telah kita putuskan yang mana, ia akan mula dilaksanakan pada penghujung tahun ini. Ini termasuk panggilan tender bagi projek ini,” katanya ketika membuat lawatan ke Sia Boey Urban Archaeological Park, di sini hari ini.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan Pusat akan menambah dana dalam satu skim yang besar untuk melaksanakan perkhidmatan LRT di Pulau Pinang.

Anwar berkata, beliau akan mengadakan satu mesyuarat bersama kerajaan negeri untuk membincangkan perkara tersebut dalam masa terdekat. – nasionalkini.my

polis hiasan

Pencari madu lebah maut jatuh pokok tualang

1998256

Diana Danielle dakwa tidak terima 8 cincin daripada Farid