in

RM1.827 juta untuk Bantuan Prihatin Pahang OKU

352186022 817710733046100 4632773988623343306 n
Kerajaan Pahang memperuntukkan sejumlah RM1.827 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Orang Kurang Upaya (OKU) untuk tahun ini.

KUANTAN, 15 Jun – Kerajaan Pahang memperuntukkan sejumlah RM1.827 juta bagi pelaksanaan Bantuan Prihatin Pahang Kluster Orang Kurang Upaya (OKU) untuk tahun ini.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, peruntukkan ini akan memberi manfaat 36,548 orang penerima yang tergolong daripada kategori Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK), Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB), Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) dan Pelajar Pendidikan Khas.

“Kaedah bayaran bantuan bagi PPDK dan Pelajar Pendidikan Khas akan diagihkan secara tunai, manakala BTB dan EPOKU akan diagihkan secara ‘online transfer’ (EFT). Saya berharap menerusi bantuan ini, ia akan dapat menampung perbelanjaan penerima,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya hari ini.

Sementara itu, Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, Datuk Sabariah Saidan berkata, bantuan berkenaan akan mula diberikan pada bulan ini.

Dalam pada itu Sabariah menjelaskan bahawa semua bayaran akan diselesaikan pada bulan ini dan ia diharapkan sedikit sebanyak meringankan beban semua penerima terlibat.

“Jika dilihat, bukan bantuan ini sahaja tetapi banyak lagi bantuan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Pahang malah peningkatan jumlah bantuan yang diumumkan setiap tahun membuktikan keprihatinan yang tidak berbelah bahagi terhadap kebajikan rakyat,” katanya. – nasionalkini.my

DUN Kelantan bubar 22 Jun

korban 9

Tempat persendirian di Pahang boleh laksana penyembelihan korban