in

RM9 juta bantu adik Athif ubati penyakit jarang jumpa

WhatsApp Image 2023 05 15 at 2.57.28 PM
Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1

Oleh Arman Dhani Zafir

KUANTAN, 15 Mei – “Anak kami tidak mempunyai harapan untuk hidup dan dijangka hanya dapat bertahan sehingga enam bulan sahaja,” demikian ujar bapa kepada adik Athif, Mohd Farhan Mohd Sait, 33.

Muhammad Athif Fahri Mohd Farhan menghidap penyakit jarang jumpa, Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1.

Sama seperti adik Naail, Athif juga memerlukan RM9 juta untuk merawat penyakit tersebut dan rakyat Malaysia sudah pun berjaya mengumpul dana berjumlah RM9 juta bagi membantunya.

Kini, kira-kira RM1.7 juta sudah berjaya dikumpul untuk membantu Athif.

Dana terbabit adalah bagi membeli ubat Genetik Zolgensma yang berharga AS$2.1 juta (RM9.42 juta) yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakit itu.

Mohd Farhan berkata, menurut doktor anaknya tidak mempunyai banyak masa berikutan suntikan ubat terbabit perlu diambil sebelum mencapai usia dua tahun dan sekarang anak bongsu daripada tiga beradik itu sudah pun berusia setahun tiga bulan.

Menurutnya, doktor mengesan sesuatu tidak kena dengan Athif dan mengambil sampel darah untuk dibuat ujian selepas dilahirkan.

“Sebulan kemudian, kami diberitahu Athif disahkan menghidap penyakit jarang jumpa itu dan pihak perubatan memaklumkan anak kami tidak mempunyai harapan untuk hidup malahan dijangka hanya dapat bertahan hingga berusia enam bulan sahaja.

“Kami cuba mendapatkan rawatan untuknya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun gagal apabila pihak hospital memaklumkan mereka tidak boleh berbuat apa-apa,” katanya ketika ditemui di rumah mereka di Permatang Badak, di sini.

Bercerita lanjut, Mohd Farhan berkata, mereka sekeluarga tidak putus asa dan berusaha membuat pencarian di Internet bagi mendapatkan rawatan di tempat lain.

Jelasnya, terdapat maklumat mengenai rawatan tersebut yang boleh dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) namun kos rawatannya agak tinggi.

“Kini, Ahif bergantung pada ubat yang perlu diambil setiap hari dengan kos ubat mencecah sehingga RM40,000 sebulan.

“Namun begitu kami bernasib baik apabila banyak pihak memberi sumbangan untuk mendapatkan ubat berkenaan sehingga kini sudah masuk botol ketujuh,” katanya.

Dalam pada itu, katanya lagi, setakat ini kira-kira RM1.7 juta sudah berjaya dikumpul oleh Misi Rakyat untuk adik Athif.

Katanya, melalui suntikan bernilai RM9 juta itu, anaknya mempunyai harapan untuk sembuh sepenuhnya tanpa perlu bergantung pada ubat lagi.

“Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan keperihatinan rakyat Malaysia yang terus menyumbang melalui Yayasan Misi Rakyat (Misi Rakyat),” katanya.

Sementara itu, Pengasas Yayasan Misi Rakyat, Nur Ahmad Faiz Mohd Azmi, turut hadir mengunjungi keluarga itu bagi melihat keadaan Athif dengan lebih dekat.

Nur Ahmad Faiz berkata, untuk mengumpul RM9 juta tidak terlalu lama sekiranya rakyat Malaysia sepakat membantu adik Athif.

“Ini kerana ia sama sahaja seperti mana yang dilakukan untuk adik Naail apabila dana berjumlah RM9 juta mampu diperoleh dalam tempoh kurang sebulan.

“Jika sebelum ini, bila ada seruan, rakyat marhaen yang mula-mula bertindak.. mereka yang dalam akaun bank hanya ada RM10, RM5 dia bagi.. terlalu ramai yang menyumbang RM1.

“Untuk adik Athif, saya berharap dapat lebih ramai pihak sudi membangun tampa mengira jutawan, artis atau mereka yang berpengaruh,” katanya. – nasionalkini.my

ezgif.com webp to jpg 8 2

Perdana Menteri gesa penguat kuasa tingkat prestasi

anwar 329435962 3095282504103743 3928550737735609876n 20230329134342 facebook@anwar ibrahim

Tiada lagi subsidi elektrik untuk rumah orang kaya