in

400 peserta ambil bahagian dalam RCC Merdeka Fun Run 2023

Royale Chulan Cherating Merdeka Fun Run 2023 berjaya menarik penyertaan 400 peserta dari dalam dan luar Pahang

KUANTAN, 27 Ogos – Seramai 400 peserta mengambil bahagian dalam acara Royale Chulan Cherating (RCC) Merdeka Fun Run 2023 yang diadakan hujung minggu lalu.

Program julung kali itu berjaya menarik penyertaan daripada peminat sukan larian dari Selangor, Johor, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Pengerusi Kelab Sukan dan Rekreasi RCC, Habibul Insan Md Yasin berkata, sambutan diterima daripada peserta adalah sangat menggalakkan dan di luar jangkaan.

Royale Chulan Cherating Merdeka Fun Run 2023 berjaya menarik penyertaan 400 peserta dari dalam dan luar Pahang

“Ini kali pertama kita anjurkan dan memang agak mengejutkan juga kerana jumlah penyertaan diterima sangat memberangsangkan.

“Kami mengambil masa hampir dua bulan untuk membuat persiapan bagi program ini dan secara umumnya, kami berpuas hati dan berharap ia dapat memberi kepuasan kepada peserta,” katanya.

Habibul Insan berkata, pelbagai hadiah menarik serta cabutan bertuah diberikan kepada semua peserta acara itu.

Royale Chulan Cherating Merdeka Fun Run 2023 berjaya menarik penyertaan 400 peserta dari dalam dan luar Pahang

Semua hadiah adalah hasil sumbangan penaja, termasuk dari rangkaian hotel di sekitar Pahang.

“Kami juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak, terutamanya polis dan petugas Jabatan Amal Malaysia yang bertanggungjawab memastikan acara larian itu berlangsung dengan teratur,” katanya lagi.- nasionalkini.my

Shoutul Muhibbin wakil Pahang ke peringkat Kebangsaan

johor transformed

Johor larang aktiviti kempen politik di masjid