in

Anwar sumbang lembu korban untuk masjid Beserah

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 15 Jun – Sebagai meraikan sambutan Aidiladha, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada masjid dan surau sekitar Beserah, dekat sini.

Sumbangan lembu untuk ibadat korban itu disampaikan melalui Setiausaha Politik beliau, Ahmad Farhan Fauzi.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail yang berkongsi mengenai majlis itu di Facebook memberitahu, majlis penyampaian sumbangan diadakan di perkarangan Masjid Jamek Beserah, kelmarin.

“Semoga sumbangan ini dapat memberi manfaat kepada semua penerima,” katanya.

Turut hadir semua pimpinan PKR dan UMNO dalam kawasan parlimen Indera Mahkota. – nasionalkini.my

PM sumbang RM50,000 untuk tahfiz Beserah

Ziarah Kasih penduduk Jengka 3