in

Bakul makanan Yayasan Madani mula diagih

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 18 Mei – Sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Madani mula diagihkan hari ini.

Pengagihan itu dibuat di Kampung Galing, dekat sini.

Bakul makanan itu hasil idea PKR dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sasaran pengagihan adalah kepada keluarga B40 dan mereka yang memerlukan.

Majlis pengagihan itu dikongsi Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail di Facebook miliknya.

Turut hadir pada majlis berkenaan adalah Naib Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Kamarul Hatta. – nasionalkini.my

Rumah Terbuka Aidilfitri PKR Indera Mahkota meriah

ADUN Lepar ziarah keluarga Muhamad Syafiq