in

Bantuan kerusi roda di Seri Mahkota

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 23 Julai – Seorang pesakit buah pinggang menerima sumbangan kerusi roda dari pejabat ADUN Lepar, semalam.

Penyerahan kerusi roda itu turut dihadiri ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus yang kebetulan sedang melakukan program ziarah kasih di kawasan Taman Seri Mahkota, dekat Jalan Gambang.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

“Sempat menziarahi puan Siti Rumaja yang menghidap penyakit buah pinggang.

“Kami memberi sumbangan kerusi roda untuk memudahkan beliau bergerak,” kongsi Mohd Yazid di Facebook.

Mohd Yazid berkata, puan Siti Rumaja menetap di kediaman itu bersama suaminya yang sudah bersara. – nasionalkini.my

Proses bina bilik jenazah surau Seri Mahkota Jaya hampir siap

IKIM perlu lebih rasional isu Qunut Nazilah