in

Bubur asyura pengikat mesra warga peneroka

KUANTAN, 8 Ogos – Bagi mengeratkan lagi hubungan sedia terjalin antara warga peneroka, program memasak bubur asyura diadakan di FELDA Lepar Utara 1, baru-baru ini.

Sebanyak lima kawah bubur asyura dimasak secara bergotong-royong oleh penduduk.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

Program itu diadakan di perkarangan Masjid FELDA Lepar Utara 1 dan turut dihadiri ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Mohd Yazid berkata, selain memasak bubur asyura, sedikit jamuan turut disediakan penganjur.

Katanya, semua lima kawah bubur asyura yang dimasak kemudiannya diagihkan kepada penduduk di kawasan tanah rancangan itu. – nasionalkini.my

Isu rumah rakyat jadi tumpuan

Kuliah Maghrib, doa selamat di Lepar Utara