in

Cabaran Memancing Pahang 2023 untuk Palestin

Gambar oleh GPMS Pahang

KUANTAN, 12 Oktober – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) dengan kerjasama Pemuda UMNO Pahang dan Yessboss menganjurkan Cabaran Memancing Pahang 2023 pada 21 Oktober ini.

Pertandingan itu akan berlangsung di Tasik Pelindung, dekat sini.

Selain bertujuan mempromosikan keindahan tasik itu, pertandingan juga untuk mengumpul dana bagi tabung prihatin Palestin.

Pengerusi GPMS Pahang, Wan Muhammad Hafizzul Wan Ismail berkata, pihaknya mensasarkan 3,000 peserta akan mengambil bahagian dalam pertandingan berkenaan.

“Setakat ini kita sudah menerima penyertaan dari Indonesia dan negeri Utara tanah air.

“Ramai lagi dijangka mengambil bahagian dan nilai keseluruhan hadiah ditawarkan ialah RM100,000.

“Kita turut menyediakan gerai jualan dan pelbagai aktiviti sepanjang Cabaran Memancing Pahang 2023 berlangsung,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Wan Muhammad Hafizzul berkata, yuran pendaftaran ditetapkan adalah RM100 dan pemenang akan dipilih berdasarkan berat ikan yang berjaya mereka tangkap.

Katanya, pertandingan itu mendapat sokongan penuh kerajaan Pahang, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung (JPKK) serta KRT Taman Tasik Pelindung.

“Permit penganjuran sudah diluluskan Majlis Bandaraya Kuantan dan kita juga mendapat bantuan serta khidmat nasihat daripada polis.

“Ini penting bagi memastikan kelancaran aliran trafik di sekitar kawasan Tasik Pelindung yang mempunyai banyak taman perumahan.

“Kita harap pertandingan ini mendapat sambutan baik daripada kaki pancing, bukan saja dari Pahang, bahkan dari seluruh negara,” katanya.- nasionalkini.my

Sentimen kenegerian punca BN gagal kuasai undi FELDA

Kerajaan sedia RM1.2 bilion untuk OKU