in

Isteri pemimpin PKR Indera Mahkota meninggal dunia

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 5 Jun – Isteri kepada Timbalan Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, R Ravichandran meninggal dunia hari ini.

Mendiang Puspa disemadikan di kawasan Tanah Perkuburan Hindu, dekat Jalan Bukit Ubi.

Hadir memberikan penghormatan terakhir adalah Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail dan ADUN Semambu, Chan Chun Kuang.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

“Bagi pihak cabang IM turut berdukacita dengan berita ini, kami semua mengucapkan takziah dan semoga saudara Ravi sekeluarga diberi ketabahan,” kata Zuraidi melalui satu hantaran di Facebook.

Chung Kuang turut merakamkan ucapan takziah Ravichandran dan keluarga.

“Saya ikut berdukacita dan mendoakan keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan,” katanya. – nasionalkini.my

Pyanhabib pulang ke Rahmatullah

Malaysia Madani-Jiwa Merdeka kekal tema hari Kebangsaan