in

Mufti Melaka cadang pelancongan dakwah dalam TMM2024

WhatsApp Image 2023 07 14 at 8.15.59 PM
Mohd Ali (dua dari kiri) menyampaikan cenderahati kepada Abdul Somad di Dataran Sejarah Ayer Keroh, Melaka malam tadi.

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 14 Julai – Sempena Tahun Melawat Melaka 2023 (TMM2024) tahun hadapan, kerajaan negeri dicadang memasukkan elemen kerohanian di bawah pelancongan dakwah untuk mengukuhkan penghayatan Islam di negara ini.

Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, pembangunan kerohanian itu juga perlu bergerak seiring dengan pembangunan fizikal dalam semua sektor pelancongan negeri.

“Jabatan Mufti, Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan mana-mana pihak yang ingin bergabung tenaga, kita sedia supaya TMM2024 ini, pelancongan dakwah menjadi sebahagian daripada produknya.

mufti melaka
Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil

“Kita dah bersedia dengan beberapa perancangan bagi pengisian ini termasuklah menjemput speaker-speaker dari luar negara bertaraf antarabangsa supaya pelancong asing juga dapat menyertai kita,” katanya.

Mengulas lanjut Abdul Halim berkata, pelancongan dakwah juga mampu menjadi satu medium untuk menjana ekonomi umat Islam di tapak-tapak penganjuran program berkenaan.

“Seperti kita lihat pada malam ini juga memangkin ekonomi apabila ramai peniaga-peniaga membuka gerai jualan yang dapat menambah reszeki mereka,” katanya. – nasionalkini.my

mahadzir

Undi pecah mungkin berlaku sekiranya MUDA bertanding di Kedah

Hilang RM30,000 akibat letak atas but kereta