in

Pelancong Singapura kagum dengan Sang Riang

Sebahagian pelancong Singapura yang melawat Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang di Triang, dekat Bera - Gambar oleh Tourism Pahang

BERA, 14 Julai – Lebih banyak aktiviti bagi menarik pelancong meneroka keunikan dimiliki Pahang sedang dirancang Tourism Pahang.

Exco Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Leong Yu Man berkata, antaranya adalah dengan membawa rombongan pelancong dari Singapura melawat negeri ini sepanjang minggu lalu.

“Program lawatan familiarisasi anjuran Tourism Pahang dengan kerjasama Tourism Singapura adalah satu contoh usaha yang perlu dipuji.

“Kita harap melalui lawatan itu dapat membuka mata mereka mengenai pelbagai tawaran menarik disediakan di Pahang untuk mereka teroka,” katanya.

Yu Man memberi penerangan ringkas berkaitan Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang kepada rombongan pelancong dari Singapura – Gambar oleh Tourism Pahang

Yu Man berkata demikian selepas meluangkan masa bersama kira-kira 40 rombongan pelancong dari Singapura melawat Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang, dekat Triang, petang semalam.

Turut sama dalam lawatan itu Pengurus Besar Tourism Pahang, Kamaruddin Ibrahim.

Sepanjang tiga jam rombongan berkenaan di Sang Riang, mereka diberi taklimat berkaitan operasi rumah kebajikan itu oleh Pengerusinya, Yap Yoke Moey.

Yoke Moey berkata, sudah menjadi objektif utama Sang Riang untuk memberi kehidupan lebih harmoni untuk semua penghuni tanpa mengira kaum dan fahaman agama mereka.

“Inilah keunikan yang kita ingin tampilkan supaya mereka dapat memahami apa yang dilakukan di sini,” katanya.

Mohamad Ali (tengah) dan Kamaruddin (kanan) diberi taklimat berkaitan operasi Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang oleh Yoke Moey semasa lawatan familiarisasi pelancong Singapura ke Pahang – Gambar oleh Tourism Pahang

Sementara itu, seorang pelancong Singapura, Mohamad Ali Shukor memuji usaha dilakukan pihak pengurusan Sang Riang.

“Kalau di tempat lain, sudah tentu penghuni perlu membayar untuk berada di rumah kebajikan seperti ini.

“Saya memang tertarik dengan apa yang dilakukan di Sang Riang dan kagum dengan keharmonian ditunjukkan oleh penghuni di sini,” katanya.- nasionalkini.my

BERITA BERKAITAN

WhatsApp Image 2023 07 14 at 7.07.00 PM

Polis Johor tumpas rangkaian geng ‘Ah Long’ dikenali kumpulan Ah Hao

mahadzir

Undi pecah mungkin berlaku sekiranya MUDA bertanding di Kedah