in

Penting sertai badan khairat kematian

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 23 Jun – Penubuhan badan khairat kematian di peringkat surau atau masjid sangat membantu dalam proses pengurusan jenazah dalam sesuatu kariah.

Justeru itu, setiap ahli kariah perlu menjadi ahli supaya proses pengendalian jenazah dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan lancar.

Kepentingan badan khairat bukan sekadar bermesyuarat, tapi perlu juga memberi penerangan kepada penduduk berkaitan fungsi badan khairat kematian dalam kawasan mereka.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

Dalam mesyuarat agung badan khairat Kampung Tiram, dekat sini, Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, sokongan daripada kariah juga sangat penting dalam memastikan badan khairat dapat memainkan peranan lebih berkesan.

“Sokongan daripada ahli kariah amat penting pada badan hhairat ini khususnya dalam komitmen membayar yuran tahunan bagi memastikan setiap waris mendapat manfaat.

“Ini termasuk meringankan beban kewangan dalam menghadapi situasi kematian.

“Moga mesyuarat kali ini diberkati dan mendapat bimbingan Ilahi,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Dia merasmikan mesyuarat agung itu sebagai wakil ADUN Semambu, Chan Chun Kuang. – nasionalkini.my

20240406 075637

Buat penilaian risiko sebelum jual saham MAHB

UMNO Team A, Team B muncul di Sungai Bakap