in

Pesakit diabetes terima kerusi roda

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 12 Julai – Nasib seorang pesakit kencing manis di FELDA Lepar Hilir 2, dekat sini, mendapat perhatian ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Mohd Yazid menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada puan Medah Din di kediaman keluarga itu hari ini.

“Selain menghidap penyakit kencing manis, puan Medah juga mengalami stroke dan buah pinggang.

“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga ini,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Mohd Yazid juga berharap puan Medah akan segera sembuh dan segala urusannya dipermudahkan. – nasionalkini.my

Bekas menantu Ismail Sabri diarah bayar pinjaman RM10 juta

AMK, Pemuda UMNO tiada masalah