in

PKR Indera Mahkota laksana ibadah korban

Gambar ihsan Pejabat PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 18 Jun – Sambutan Aidiladha turut dirai secara sederhana namun meriah oleh petugas PKR Cabang Indera Mahkota.

Mereka turut menjalankan ibadah korban dengan menumbangkan dua ekor lembu korban.

Gambar ihsan Pejabat PKR Indera Mahkota

Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail berkata, lembu korban itu adalah sumbangan Pengerusi PKR Pahang, Fuziah Salleh dan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi.

“Alhamdulillah tahun ini cabang IM dapat dua ekor sumbangan daripada Pengerusi MPN Keadilan YBTM Hjh Fuziah dan Sdr Farhan Setpol PMX.

“Jutaan terimakasih atas sumbangan yang di berikan. Ia amat bermakna kepada kami warga Keadilan Indera Mahkota,” katanya melalui satu hantaran di Facebook.

Turut serta pada majlis korban itu adalah ADUN Semambu, Chan Chun Kuang.

Zuraidi turut merakam ucapan terima kasih kepada rakan Keadilan Indera Mahkota dan penduduk kampung yang membantu dan menjayakan program itu. – nasionalkini.my

Janji pilihan raya yang dikhianati

Kerusi DUN Nenggiri kosong