in

Proses bina bilik jenazah surau Seri Mahkota Jaya hampir siap

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

KUANTAN, 22 Julai – Kerja pembinaan bilik jenazah bagi Surau Seri Mahkota Jaya, Jalan Gambang, dekat sini, sudah hampir siap.

Pembinaan itu dilaksanakan hasil inisiatif ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus.

Petang tadi, Mohd Yazid sempat singgah di surau berkenaan bagi meninjau kerja pembinaan yang sedang giat dijalankan.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Lepar

“Kedatangan saya ditemani ibu saya ke situ disambut bilal surau berkenaan, Encik Md Taib.

“Alhamdulillah, ibu saya sudi menyumbang sedikit bagi kerja menyiap bilik jenazah baru untuk surau itu,” katanya.

Mohd Yazid memaklumkan kerja pembinaan dijangka siap dalam masa dua minggu lagi. – nasionalkini.my

Isteri Wan Saiful meninggal dunia

Bantuan kerusi roda di Seri Mahkota