in

Remaja sasaran ajaran Si Hulk

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil

Oleh Yusuf Shafie

MELAKA, 14 Julai – Golongan remaja adalah antara ahli kumpulan ajaran sesat ‘Si Hulk’ yang dikesan bergerak aktif di Merlimau dan Jasin, di sini.

Kumpulan itu dipercayai menggunakan media sosial untuk mempengaruhi rakan sebaya mereka.

Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil ketika mendedahkan perkara itu berkata, kumpulan remaja itu sedang dipantau Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan laporan dibuat oleh ahli keluarga mereka sendiri.

“…saya tak boleh sebut berapa jumlahnya tapi memang ada, termasuk di Merlimau pengikut remaja dan dewasa ini, kita sedang pantau selepas aduan dibuat ahli keluarga (remaja) sendiri.

“Kumpulan ini masih aktif dan sedang disiasat JAIM kerana pergerakannya dilakukan secara ‘underground’ dan tidak dizahirkan, sebab itu kita kena selidik sebelum buat langkah penguatkuasaan dan pemulihan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Melaka Munajat Bersama Tuan Guru Abdul Somad di Dataran Sejarah Ayer Keroh di sini, malam tadi.

Program itu dihadiri kira-kira 50,000 umat Islam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam dan Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yassin.

Mengulas lanjut Abdul Halim berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri sudah memutuskan ajaran ‘Si Hulk’ sebagai sesat dan kini sedang di peringkat perwartaan.- nasionalkini.my.

Henderson sertai Gerrard di Al-Ettifaq

Kumpul tempayan antik guna media sosial