in

Sang Riang terus terima penghargaan

Gambar ihsan Sang Riang

BERA, 4 Julai – Rumah Kebajikan Warga Emas Sang Riang dekat Triang sentiasa mendapat perhatian pelbagai pihak.

Ini berikutan sikap profesional pengurusan rumah kebajikan itu yang komited dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada penghuni di situ.

Gambar ihsan Sang Riang

Terbaru, pasukan perubatan dari Hospital Sungai Buloh, Selangor turut meluangkan masa mengunjungi Sang Riang baru-baru ini.

Rombongan itu diketuai pegawai unit Direktorat Diagnosis dan Sokongan Hospital Sungai Buloh, Dr Rodiah Mustafar.

Rombongan itu nyata teruja dan kagum dengan pihak pengurusan Sang Riang mengendalikan rumah kebajikan berkenaan.

Gambar ihsan Sang Riang

“Komitmen dan keikhlasan pihak pengurusan Sang Riang memberikan perkhidmatan terbaik kepada penghuni secara percuma adalah sangat mulia,” kata Dr Rodiah.

Rombongan itu juga disertai pegawai kerja sosial perubatan Hospital Sungai Buloh, Mumtaz Jehan Abdul Rashid dan pegawai kerja sosial perubatan Hospital Bera, Azhar Ahmad.

Sementara itu, Pengerusi Sang Riang, Yap Yoke Moey terharu dengan kunjungan daripada kumpulan pakar perubatan dari Hospital Sungai Buloh.

Gambar ihsan Sang Riang

Yoke Moey berkata, selain menempatkan warga emas, Sang Riang juga menyediakan perkhidmatan penjagaan kepada mereka berstatus orang kurang upaya (OKU), termasuk OKU kategori mental.

Dia berharap usaha Sang Riang akan terus mendapat sokongan daripada semua pihak. – nasionalkini.my

Astaka Padang Jengka 2 siap dua minggu lagi

Wakil rakyat Maran rai pelajar cemerlang SPM