in

Singgah Ziarah jadual tetap Mohd Yazid

Mohd Yazid ketika menyantuni kediaman encik Wahib di Kampung Mahkota Jaya, dekat Kuantan, semalam

KUANTAN, 13 Disember – Sudah menjadi rutin mingguan sejak setahun lalu, ADUN Lepar, Mohd Yazid Mohd Yunus tidak pernah gagal turun padang menyantuni penduduk sekitar kawasan diwakilinya.

Jika sepanjang minggu lalu beliau sibuk di sidang DUN, minggu ini pula beliau meluangkan masa bersama penduduk di Kampung Seri Fajar dan Mahkota Jaya.

Antara kediaman yang sempat Mohd Yazid kunjungi melalui program Singgah Ziarah itu adalah rumah puan Seri Intan di Kampung Seri Fajar, dekat Kuantan.

Seri Intan yang berusia 84 tahun kini berada dalam keadaan uzur dan dijaga anak lelakinya.

Mohd Yazid kemudiannya menziarahi rumah puan Syarifah Rahimah – seorang ibu tunggal yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan dua cucu.

Selesai menyantuni rumah Seri Intan dan Syarifah Rahimah serta menyampaikan sumbangan, beliau meneruskan program Singgah Ziarah di Kampung Mahkota Jaya.

Di situ, Mohd Yazid mengunjungi kediaman tuan Wahib – seorang pesara tentera.

“Wahib menghidap penyakit diabetes atau kencing manis dan kedua kakinya terpaksa dipotong.

“Dia kini menetap bersama anak lelakinya di kampung berkenaan.

“Semoga encik Wahib tabah dengan ujian Allah dan terus diberikan kesihatan serta dipermudahkan semua urusan,” tulis Mohd Yazid melalui hantaran di laman sosial Facebook miliknya.- nasionalkini.my

Suara Pelangai kembali bergema di DUN Pahang

Rakyat Palestin sokong serang Zionis