in

Wakil rakyat Maran rai pelajar cemerlang SPM

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

MARAN, 6 Julai – Wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) meraikan pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) daerah Maran dalam satu majlis ringkas, petang semalam.

Pelajar itu diraikan ahli parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Mutalib dan ADUN Kuala Sentul, Datuk Jasri Jamaludin.

Gambar ihsan Pejabat ADUN Kuala Sentul

Majlis diadakan di Dataran Sejahtera, dekat Sungai Ling.

Jasri melalui hantaran di Facebook memberitahu, semua pelajar berkenaan mendapat keputusan ‘straight’ A dalam mata pelajaran diambil dalam peperiksaan SPM 2023.

Ini termasuk tiga pelajar dari Kuala Sentul yang mendapat 10 A dan 8 A. – nasionalkini.my

Sang Riang terus terima penghargaan

PN kekal kuasai Sungai Bakap