in

Wan Rosdy rai pengamal media Pahang

Gambar ihsan Facebook Wan Rosdy Wan Ismail

KUANTAN, 20 Disember – Kira-kira 70 pengamal media di Pahang diraikan dalam Majlis Malam Media Darul Makmur 2023, malam tadi.

Majlis itu hasil cetusan idea Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kemeriahan majlis berkenaan dikongsi Wan Rosdy melalui satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya.

“Seronok saya malam ini dapat bersama meraikan para pengamal media Negeri Pahang dalam Majlis Malam Media Darul Makmur 2023 di Swiss-Belhotel, Kuantan.

“Besar pengorbanan mereka, terutamanya dalam menyampaikan maklumat penting dan tepat kepada masyarakat.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua pengamal-pengamal media negeri Pahang di atas segala pengorbanan masa dan tenaga selama ini,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Negeri Pahang, Fadzli Mohamad Kamal.— nasionalkini.my

Cadangan pilihan raya PBT ‘membimbangkan’

Kerajaan Pahang ada duit atau tak, tanya ADUN Lepar