in

YADIM Pahang agih bantuan untuk asnaf

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

KUANTAN, 9 Julai – Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) menyampaikan sumbangan barangan keperluan asas kepada golongan asnaf dan B40 sekitar daerah ini.

Pengagihan bantuan itu dilakukan melalui kerjasama YADIM Pusat.

Majlis pengagihan dilakukan Pengarah YADIM Pahang, Alwi Muda dan turut dihadiri Ketua Cabang PKR Indera Mahkota, Zuraidi Ismail.

Gambar ihsan PKR Indera Mahkota

Zuraidi berkata, selain menyampaikan sumbangan, YADIM juga sedang berusaha memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai fungsi dan peranan dimainkan agensi itu.

“YADIM bukan saja menjalankan kerja dakwah, tapi turut menyebarkan mesej kepada masyarakat untuk kembali menghayati Islam.

“Selain itu, YADIM juga berperanan menyuburkan rasa kasih sayang antara insan dan memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat berbilang fahaman,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

YADIM juga mempelawa orang ramai yang berminat untuk menyertai organisasi itu sebagai sukarelawan. – nasionalkini.my

Rumah Putih nafi Biden hidap Parkinson

Bekas menantu Ismail Sabri diarah bayar pinjaman RM10 juta