in

Tiada tarikh tutup mohon Budi Madani

Gambar oleh Bernama

PUTRAJAYA, 9 Jun – Permohonan bantuan subsidi tunai berjumlah RM200 sebulan di bawah inisiatif Budi Madani tiada tarikh tutup dan individu berkelayakan digesa memohon untuk mendapat manfaat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Amir Hamzah Azizan.

Dia berkata inisiatif Budi Madani dilaksana sebagai langkah untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak dan mengurangkan beban golongan yang memerlukan.

Katanya, seramai 30,000 pemilik kenderaan diesel akan menerima RM200 bantuan tunai bulanan Budi Madani yang pertama bermula esok.

“Saya ingin tegaskan, bantuan ini tidak ada tarikh tutup. Oleh itu, saya menyeru kepada mereka yang sememangnya berkelayakan sama ada bagi Budi Individu atau Budi Agri-Komoditi untuk memohon bantuan ini.

“Semakan dan rayuan boleh juga dilakukan di laman web yang sama,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Amir Hamzah berkata, individu yang memohon Budi Madani pada Jun akan layak menerima bantuan tunai untuk bulan tersebut dan seterusnya, manakala bagi mereka yang terlepas membuat permohonan pada bulan ini, akan layak menerima bantuan pada bulan seterusnya.

“Bantuan tiap bulan akan dapat dan lagi cepat mereka mohon, Insya-Allah lagi cepat mereka dapat,” katanya. – nasionalkini.my

Ibadah haji bukan medan politik

Salah faham punca taklimat kewarganegaraan ditangguh