in ,

Tragedi kepala air: Identiti 9 daripada 10 mangsa telah dikenal pasti

lemas
AzizahEiyi (dua, kiri) dan anak lelakinya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim (kiri) bersama ahli keluarganya yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam kejadian kepala air ketika berkelah di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman

KUALA LUMPUR, 2 Julai –  Identiti sembilan daripada 10 mangsa yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras dalam tragedi kepala air di Jeram Mawar, Air Putih, Kemaman, hari ini telah dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan sepasang suami isteri bersama tujuh anaknya, berasal Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

“Selepas pengecaman mayat dilakukan oleh waris, mayat pertama yang ditemukan ialah Azizah Eiyi yang berusia 40 tahun manakala mayat kedua merupakan anaknya iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, berusia 11 tahun,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

HANYAN RAMLAN
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa merupakan sepasang suami isteri bersama tujuh anaknya, berasal Felda Lepar Hilir, Gambang, Pahang.

Buat masa ini pihak polis berusaha untuk mengesan seorang lagi identiti  lelaki.

Bagaimanapun, Hanyan menjelaskan operasi pencarian terpaksa dihentikan sementara dan disambung esok pagi berikutan cuaca buruk ekoran hujan lebat dan membahayakan pasukan penyelamat.

Terdahulu, dua mangsa ditemukan meninggal dunia manakala lapan lagi dikhuatiri dihanyutkan kepala air ketika berkelah di jeram tersebut petang semalam.

Mayat Azizah ditemukan  di tebing Kampung Pasir Gajah kira-kira pukul 12.45 tengah hari iaitu 24 kilometer dari lokasi mereka berkelah.

Manakala mayat anak lelakinya yang berusia 11 tahun, ditemui kira-kira pukul 5 petang tiga kilometer dari lokasi kejadian.  – nasionalkini.my

agong 1 1

Yang di-Pertuan Agong, Raja Permaisuri selamat tiba ke tanah air, disambut orang kenamaan dan cucunda

Kerajaan Johor bantu sekolah, mangsa kebakaran asrama