in ,

Tukar nama bayi: 23 pasangan di Melaka buat permohonan

jpn melaka
Lebih 20 pasangan di Melaka memohon untuk menukar nama bayi mereka yang berusia bawah setahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejak Januari lalu.

MELAKA, 1 Ogos – Lebih 20 pasangan di Melaka memohon untuk menukar nama bayi mereka yang berusia bawah setahun di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), sejak Januari lalu.

Pengarah JPN negeri, Norazlee Sulaiman berkata, permohonan dibuat berdasarkan pembetulan maklumat dalam Sijil Kelahiran melalui Seksyen 15 (1) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 Pindaan (2016).

Bagaimanapun berlaku sedikit penurunan membabitkan kes sedemikian berbanding tempoh sama tahun lalu, iaitu 23 kes direkodkan tahun ini dan 24 kes pada 2022.

pengarah jpn melaka
NORAZLEE Sulaiman (kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti Melaka, Datuk Kalsom Nordin (dua dari kanan) pada Program Kibar Jalur Gemilang Peringkat JPN Melaka di Ayer Keroh, Melaka. Foto: utusan

“Kita menerima permohonan untuk pertukaran nama dan bagi kanak-kanak di bawah usia setahun setakat ini sebanyak 23 kes direkodkan, berbanding 24 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

“Untuk kes tukar nama ini, ada permohonan diluluskan dan ditolak berdasarkan peruntukan undang-undang, ada situasi di mana nama telah diberi dan dipakai tetapi mereka berasakan ia memberi masalah kepada kesihatan serta nasib tidak baik,” katanya.

Bgaimanapun Norazlee menjelaskan, terdapat tiga kategori penamaan nama dibuat JPN iaitu dibenarkan, ditegah dan tidak sesuai.

“Antara nama-nama ditegah adalah terlalu panjang melebihi 80 aksara, melibatkan gelaran dikurniakan kerajaan, pangkat atau jawatan serta gelaran keturunan yang tiada kaitan susur galur.

“Selain itu adalah nama-nama kepahlawanan, membawa maksud lucah dan buruk, nama yang membawa maksud tidak baik dalam bahasa lain serta nama perhiasan atau pakaian atau peralatan,”katanya.

Katanya lagi, meskipun dalam satu konteks hak tu adalah milik semua orang, namun JPN mempunyai garis panduan dan ia bukan untuk umat Islam sahaja tetapi semua kaum, bahkan dalam soal nasab kita kawal juga. – nasionalkini.my

scam phone1 1665551071

Wanita warga emas rugi RM1.8 juta ditipu tawaran kerja sambilan tidak wujud

logo polis 2 1651832730

Lelaki maut ditembak lapan das