in

Ubah cara kerja lama untuk pacu kemajuan negara

Gambar ihsan Bernama

KUANTAN, 7 Julai – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu mengubah cara kerja lama bagi mengelakkan kelewatan dalam urusan kelulusan projek baharu bagi memacu pembangunan di semua kawasan.

Beliau turut mengingatkan semua setiausaha kerajaan negeri supaya memantau senarai projek diluluskan dan melaksanakan kemas kini status projek secara berkala.

“Tadi saya bincang dengan setiausaha kerajaan negeri untuk mengingatkan bahawa patut sentiasa pantau senarai projek yang diluluskan, berapa yang dilaksanakan dan apakah sebab kelewatan, apakah sebab pengambilan tanah atau kelulusan lain,” katanya semasa merasmikan Program Madani Rakyat 2024 Zon Timur di Dataran Sayangi Kuantan, semalam.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

Beliau turut merujuk pelaburan Google di Selangor berjumlah RM9.4 bilion yang menunjukkan perkembangan memberangsangkan hasil kelulusan pantas kerajaan negeri.

“Google sudah beli tanah di Selangor dan sudah mula projek. Kita mempercepat kelulusan kerana pelaburan Google RM9.4 bilion. Bukan setakat umum, dah beli tanah dan pecah tanah tapak projek,” katanya lagi seperti dilapor Bernama.

Pada majlis itu, Anwar turut menyampaikan dana Program SejaTi Madani kepada 10 komuniti di Pantai Timur yang bernilai RM100,000 setiap satu bagi merancakkan aktiviti ekonomi setempat dalam lima sektor tumpuan iaitu pertanian dan makanan, jahitan dan kraf tangan, herba dan kesihatan, pelancongan dan hospitaliti serta aktiviti hijau dan kitar semula. – nasionalkini.my

PN kekal kuasai Sungai Bakap

Petugas HTJ Seremban santuni penghuni Sang Riang