in , ,

UPNP gagalkan aktiviti perlombongan bauksit haram

358455359 831392665011240 17846141012140487 n
Antara kenderaan berat yang berjaya disita UPNP ketika operasi serbuan ke atas sebuah lombong buaksit haram di Sungai Ular hari ini

KUANTAN, 7 Julai – Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP) berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan bauksit secara haram di sekitar kawasan Sungai Ular di sini semalam.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pasukan elit UPNP telah berjaya mengesan aktiviti perlombongan bauksit haram selepas melakukan rondaan dan menerbangkan dron di sekitar kawasan berkenaan.

“Berdasarkan laporan yang saya terima, pada hari kejadian, tiga orang anggota pasukan elit UPNP telah melakukan penugasan rondaan harian bagi aktiviti pemantauan pasir silika di sekitar Sungai Baging dan Sungai Ular sekitar jam 6.00 petang.

“Ketika rondaan sekitar jam 6.20 petang, anggota pasukan elit UPNP telah menerbangkan dron dan melihat aktiviti melombong bahan mineral (Bauksit) di sekitar Sungai Ular MCKIP sebelum bergegas ke lokasi kejadian dan meminta pemandu lori mengemukakan sebarang dokumen namun gagal,” katanya dalam satu kenyataannya di laman Facebook rasmi miliknya, hari ini.

Tambahnya, anggota elit UPNP kemudiannya telah menahan dan menyita empat buah lori dumper dan dua buah jengkaut di bawah seksyen 137 (1) Enakmen Mineral Negeri 2001 kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah seksyen 158 Enakmen Mineral Negeri 2001 iaitu penalti kerana melombong tanpa lesen atau pajakan yang sah.

“Pelbagai usaha giat dilaksanakan bagi membanteras aktiviti penerokaan tanah secara haram ini dan akan diteruskan dari semasa ke masa. Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada UPNP kerana telah berjaya menggagalkan aktiviti perlombongan haram ini,” katanya. – nasionalkini.my

Mayat mangsa kepala air ditemui terdampar di beting pasir

e6a1d72fc98c5727caa03f762782cb1d5eecdd81724b5

2 mangsa tragedi kepala air layak terima pampasan PERKESO