in

Henderson sertai Gerrard di Al-Ettifaq

Henderson ditawarkan kontrak 36 juta pound (RM216.91 juta) setahun oleh Al-Ettifaq - Gambar oleh Agensi

LIVERPOOL, 14 Julai – Liverpool mahukan sejumlah 20 juta pound (RM120.5 juta) bagi merealisasikan perpindahan Jordan Henderson ke Al-Ettifaq yang dikendali Steven Gerrard.

Kapten Liverpool itu sudah mempersetujui secara lisan untuk menyertai kelab Arab Saudi yang dikendali bekas rakan sepasukan The Reds itu.

Bagaimanapun Liverpool mahukan yuran perpindahan yang sesuai untuk Henderson, 33, yang masih berbaki dua tahun dalam kontraknya di Anfield.

Henderson ditawarkan kontrak 36 juta pound (RM216.91 juta) setahun oleh Al-Ettifaq, yang akan menyaksikan gajinya melonjak naik dari 190,000 pound (RM1.14 juta) ke 700,000 pound (RM4.22 juta) seminggu.

Bagaimanapun perpindahan Henderson ke Arab Saudi akan menjejaskan peluangnya untuk menyertai England di Euro 2024 tahun depan.

Pengendali England, Gareth Southgate pasti tidak mahu pemain dalam kesebelasan utamanya berpindah ke liga lebih lemah menjelang kejohanan Eropah itu.

Gerrard adalah pengendali Inggeris pertama di Liga Pro Saudi apabila dia mengambil alih Ettifaq awal bulan ini – dan dia mahu Henderson menyertainya.

Juara Saudi, Al-Ittihad pula mensasarkan seorang lagi pemain tengah Liverpool, Fabinho.- nasionalkini.my

IMG 20230507 WA0010

UPNP rampas jengkaut buka tanah secara haram

Remaja sasaran ajaran Si Hulk